Friday, July 3, 2009

Madah Pujangga Dari sahabat Saya



( Anak Desa perlu ditolong dalam aspek pendidikan
Gambar di atas , Tok Pa sedang memberi surat tawaran memasuki
universiti kepada seorang anak desa.)
Assalamualaikum W.B.T
dan salam sejahtera
Ini merupakan nukilan rasa dari sahabat Penulis Saudara Hifzuddin Ikhsan , Penulis harap pembaca-pembaca semua dapat menghayati nukilan ini akan kerana ia memberikan seribu pengertian kepada kita semua .
Kita berada dalam era yang kelabu
Tiada lagi warna hijau, merah dan biru
Sudah bercampur baur Pudar, kelabu dan kabur.
Kita dikatakan lepas bebas

Era globalisasi yang terbuka luas
Tetapi mengapa kita berasa terbatas?
Terkepung, terbendung, terpintasTakut berhujah, bimbang berbahas.
Kita agungkan globalisasiKita julang tinggi meritokrasi
Padahal kita keliru, tidak tahuApa ertinya istilah-istilah itu
Maka kita berbicara tentang kesamarataan
Tidak mahu lagi kuota dan bantuan
Lalu kita rungkaikan satu persatu
Tali-tali yang dulu mengikat kita jitu.

Kita manterakan Malaysian Malaysia
Kita uar-uarkan Satu Malaysia
Kita kagumi Masyarakat Madani
Kita berjinak-jinak dengan Islam Hadhari.
Apakah kita kini cukup berani
Yakin kepada kemampuan diri
Sudah sedia untuk berdikari
Atas landasan meritokrasiKeterbukaan dan globalisasi
Atau sebenarnya kita lupa diri
Umpama anak kecil bermain apiTerbakar hatinya yang sepi?
Adakah mampu Melayu di Ulu BentaBersaing dengan Cina di Bukit Damansara?
Atau Melayu di pedalaman dan huluDengan Melayu baru di Bukit Tunku?
Atau anak nelayan dengan anak jutawan?
Anak buruh dengan anak orang berpengaruh?

Bukan bangsa lain tidak utama
Mereka pun rakyat Malaysia jugaTetapi realiti yang wajib diterima
Orang Melayu dan BumiputeraAdalah majoriti rakyat Malaysia
Pinggirkan mereka, bala jawabnya.

Anak kita sekolah di kota
Segala lengkap semuanya adaGuru tuisyen dan internet jua
Tetapi apa halnya anak sekolah di desa?
Kalaupun hendak bermurah hati

Wajiblah kita berhati-hati
Jangan abaikan hak majoriti
Padahnya buruk kemudian hari.
Terima kasih kawan dan taulan

Madah pujangga jadikan teladan
Buat baik perpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Usah digadai tanah pusaka
Nanti bangsa dihina dikeji.


Tgu Y.A.B Dato Sri Najib di UiTM post selepas ini.

5 comments:

  1. gamba bilakah?
    gambo baju kuning bowoh tu lawa!

    ReplyDelete
  2. guano awe...kaloh lagi ni...pitih habih banyok doh...hahaha

    ReplyDelete
  3. ...Kali terakhir PAS menang pilihan raya kecil di Kelantan ialah dalam pilihan raya Pulai Chondong pada 7 Januari 1997.

    Calon PAS, Zulkefli Mamat memperolehi 4,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Yusoff Hamzah yang mendapat 4,660 undi. Menang dengan majoriti tipis sebanyak 118 undi sahaja. Kira-kira kira-kira 75.43 peratus pengundi keluar mengundi.

    Sama seperti calon yang dikemukakan dalam pilihan raya kecil Manek Urai semalam, BN pada masa itu juga mengemukakan yang terbaik dan hebat di mata rakyat.

    Yusoff adalah bekas Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar). Bagaimanapun, PAS mengemukakan calon yang tidak dihina pekerjaannya.

    Zulkefli adalah bekas pensyarah Institut Teknologi Mara (ITM) Kelantan.

    Pulai Chondong adalah kubu tradisi BN sejak 1959 sehinggalah dikuasai Parti Semangat 46 pada pilihan raya umum 1990.

    Selepas itu, dalam pilihan raya kecil Semerak pada 11 Ogos 1997, PAS kalah lagi. Calon BN, Datuk Kamaruddin Mohd Noor menewaskan calon PAS, Wan Fauzi Wan Hussain.

    Kamaruddin berjaya mendapat 5,370 undi untuk meraih majoriti 778 undi menewaskan Wan Fauzi yang mendapat 4592 undi. Pilihan raya tersebut memperlihatkan jumlah keluar mengundi terbesar di dalam sejarah pilihan raya di negara sejak pilihan raya pertama diadakan, iaitu 82.42 peratus daripada 12,342 orang pengundi.

    Kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil di Kelantan berulang lagi dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 6 Disember 2005. Dalam pilihan raya tersebut, calon PAS Hanifa Ahmad hanya mendapat 7,290 undi dan tewas kepada calon BN, Hanafi Mamat yang mendapat 7,419 undi. Majoriti yang diperolehi oleh Hanafi ialah 129 undi.

    Dalam pilihan raya itu, calon yang dianggap boleh menang bila-bila masa di Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hanya mendapat 414 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan. Ibrahim adalah antara hulubalang utama Umno dalam pilihan raya kecil Manek Urai.

    ends

    ReplyDelete
  4. UMNO menang bermaruah, sekurang-kurangnya kita telah mengurangkan majoriti lebih dari 80% undi. Ini adalah satu kebanggaan bagi kita. Seperti kita sedia maklum bahawa UMNO pernah beberapa kali menang dalam pilihanraya kecil di Kelantan, namun kita perlu ingat sejak Tsunami politik berlaku pada tahun 2008, UMNO seolah-olah hilang punca. Tetapi apa yang berlaku kini, UMNO semakin diterima rakyat. Saya percaya jika UMNO kerja lebih kuat lagi, Insya Allah Pilihanraya ke 13 nanti, UMNO akan menang besar. Hanya UMNO yang mampu mentadbir Malaysia, Insya Allah

    ReplyDelete