Wednesday, July 1, 2009

KEJADIAN MENYAYAT HATI (PEDOMAN UNTUK SEMUA)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

(Hari ini penulis tersentak dengan laporan berita dari (Harian Metro, muka surat 9 ,1 julai 2009) yang mengatakan seorang bekas mahasiswa UTM ditemui mati akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak di dalam sebuah bilik asrama di UTM skudai .

Dalam laporan berita itu mengatakan bahawa bekas mahasiswa itu telah meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui dan didapati bayi yang telah dilahirkan itu juga telah meninggal dunia selepas dilahirkan .Dalam masa itu didapati wanita itu belum berkahwin dan pihak polis tidak menolak kemungkinan pasangan wanita merupakan pelajar dalam kolej yang sama .Dalam pada itu didapati bahawa bekas pelajar ini telah dibuang selepas satu semester memasuki UTM.

Laporan akhbar ini membuatkan penulis terkedu sekejap. Ini kerana penulis amat sedih kepada apa yang terjadi . Adakah gejala sosial yang telah melanda masyarakat kita telah berada di satu tahap yang teruk ?

Dalam masa yang sama penulis berharap kepada semua mahasiswa supaya berfikir dengan matang sebelum melakukan sesuatu.Ini kerana sekali anda tersilap padahnya amat teruk dan mungkin anda akan kecewakan keluarga anda dan seterusnya anda akan memusnahkan masa depan anda semua .Berpegang teguh kepada ajaran kita. Ingat harapan ibu dan bapa. Jangan mudah terpengaruh .

JANGAN KECEWAKAN HARAPAN IBU -DAN BAPA KITA

Kepada semua mahasiswa ada perkara hendak dikongsi bersama penulis . Sila email kepada penulis faizalrp@gmail .com.Insyaalah penulis akan membalas denga kadar segera

1 comment:

  1. Kita berada dalam era yang kelabu
    Tiada lagi warna hijau, merah dan biru
    Sudah bercampur baur
    Pudar, kelabu dan kabur.

    Kita dikatakan lepas bebas
    Era globalisasi yang terbuka luas
    Tetapi mengapa kita berasa terbatas?
    Terkepung, terbendung, terpintas
    Takut berhujah, bimbang berbahas.

    Kita agungkan globalisasi
    Kita julang tinggi meritokrasi
    Padahal kita keliru, tidak tahu
    Apa ertinya istilah-istilah itu.

    Maka kita berbicara tentang kesamarataan
    Tidak mahu lagi kuota dan bantuan
    Lalu kita rungkaikan satu persatu
    Tali-tali yang dulu mengikat kita jitu.

    Kita manterakan Malaysian Malaysia
    Kita uar-uarkan Satu Malaysia
    Kita kagumi Masyarakat Madani
    Kita berjinak-jinak dengan Islam Hadhari.

    Apakah kita kini cukup berani
    Yakin kepada kemampuan diri
    Sudah sedia untuk berdikari
    Atas landasan meritokrasi
    Keterbukaan dan globalisasi
    Atau sebenarnya kita lupa diri
    Umpama anak kecil bermain api
    Terbakar hatinya yang sepi?

    Adakah mampu Melayu di Ulu Benta
    Bersaing dengan Cina di Bukit Damansara?
    Atau Melayu di pedalaman dan hulu
    Dengan Melayu baru di Bukit Tunku?
    Atau anak nelayan dengan anak jutawan?
    Anak buruh dengan anak orang berpengaruh?

    Bukan bangsa lain tidak utama
    Mereka pun rakyat Malaysia juga
    Tetapi realiti yang wajib diterima
    Orang Melayu dan Bumiputera
    Adalah majoriti rakyat Malaysia
    Pinggirkan mereka, bala jawabnya.

    Anak kita sekolah di kota
    Segala lengkap semuanya ada
    Guru tuisyen dan internet jua
    Tetapi apa halnya anak sekolah di desa?

    Kalaupun hendak bermurah hati
    Wajiblah kita berhati-hati
    Jangan abaikan hak majoriti
    Padahnya buruk kemudian hari.

    Terima kasih kawan dan taulan
    Madah pujangga jadikan teladan
    Buat baik perpada-pada
    Buat jahat jangan sekali
    Usah digadai tanah pusaka
    Nanti bangsa dihina dikeji.

    ReplyDelete