Monday, April 19, 2010

Terima Kasih UiTM

Asslamualaikum W.B.T

Akhirnya awedonde kembali setelah lama tidak menulis dalam blog .Emm kali ini awedonde berjanji akan "mengupdate" blog sekerap mungkin.

Permulaaan ini awedonde ingin berkongsi dengan para pembaca pasal UiTM .Mengapa awedonde ingin membicara tentang UiTM kerana awedonde merasakan UiTM ini merupakan sebuat pusat IPT yang sebenarnya banyak mengubah anak bangsa kita sebenarnya .

Tentu ramai tertanya-tanya adakah sebab awedonde merupakan lulusan UiTM membuatkan awedonde akan terus memuji UiTM ?Sebenarnya bukan disebabkan itu , tetapi disebabkan UiTM itu sendiri yang kebelakangan ini amat menarik untuk diceritakan lebih lebih lagi dengan pengumuman yang UiTM akan menolong anak miskin luar bandar dan anak yatim dengan lebih agresif.

Pengumuman yang dibuat Naib canselor UiTM Prof Dato Dr Sahol Hamid tentang perkara tersebut telah membuatkan awedonde merasakan bahawa ini satu program yang amat kena dengan tempatnya kerana nasib anak miskin luar bandar dan anak yatim perlu dibela dan perlu diberi peluang untuk mereka mengubah nasib diri mereka.Dapat dilihat bahawa bahawa dengan program ramai anak miskin dan anay yatim akan terus terbela dan dapat menjadikan diri mereka lebih terkehadapapan seterusnya dapat terus mengubah nasib mereka di masa hadapan .

Syabas awedonde ucapakan kepada UiTM di atas projek ini dan awedonde dapat merasakan bahawa projek ini akan terus menjadi satu projek khas yang akan diingati sebagai sebuah projek yang membangunkan anak bangsa menjadi sebuah bangsa yang berjaya dan disegani .




Terima Kasih UiTM

Terima kasih Y.Bhg Dato Sahol Naib Canselor

Terima Kasih semua warga UITM





No comments:

Post a Comment