Tuesday, July 7, 2009

Rehat Sekejap (Hujung Minggu)

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera ..

Pada hujung minggu lalu , penulis kembali kepada hobi penulis iaitu menembak .Sudah lama penulis tidak menembak .Penulis merasa puas apabila penulis berjaya menembak tepat dua sasaran dari 10 sasaran .Oklah setelah lama tidak menembak .Kepada yang sesiapa yang mempunyai hobi dengan penulis bolehlah bersama -sama penulis menyertai kelab menembak banyak faedahnya .





(penulis sedang membidik sasaran)


>
(penulis bersama presiden kelab menembak)







Tgu Post Selepas Nie Manik Urai Dan Yab Dato Seri Najib di UiTM

Friday, July 3, 2009

Madah Pujangga Dari sahabat Saya



( Anak Desa perlu ditolong dalam aspek pendidikan
Gambar di atas , Tok Pa sedang memberi surat tawaran memasuki
universiti kepada seorang anak desa.)
Assalamualaikum W.B.T
dan salam sejahtera
Ini merupakan nukilan rasa dari sahabat Penulis Saudara Hifzuddin Ikhsan , Penulis harap pembaca-pembaca semua dapat menghayati nukilan ini akan kerana ia memberikan seribu pengertian kepada kita semua .
Kita berada dalam era yang kelabu
Tiada lagi warna hijau, merah dan biru
Sudah bercampur baur Pudar, kelabu dan kabur.
Kita dikatakan lepas bebas

Era globalisasi yang terbuka luas
Tetapi mengapa kita berasa terbatas?
Terkepung, terbendung, terpintasTakut berhujah, bimbang berbahas.
Kita agungkan globalisasiKita julang tinggi meritokrasi
Padahal kita keliru, tidak tahuApa ertinya istilah-istilah itu
Maka kita berbicara tentang kesamarataan
Tidak mahu lagi kuota dan bantuan
Lalu kita rungkaikan satu persatu
Tali-tali yang dulu mengikat kita jitu.

Kita manterakan Malaysian Malaysia
Kita uar-uarkan Satu Malaysia
Kita kagumi Masyarakat Madani
Kita berjinak-jinak dengan Islam Hadhari.
Apakah kita kini cukup berani
Yakin kepada kemampuan diri
Sudah sedia untuk berdikari
Atas landasan meritokrasiKeterbukaan dan globalisasi
Atau sebenarnya kita lupa diri
Umpama anak kecil bermain apiTerbakar hatinya yang sepi?
Adakah mampu Melayu di Ulu BentaBersaing dengan Cina di Bukit Damansara?
Atau Melayu di pedalaman dan huluDengan Melayu baru di Bukit Tunku?
Atau anak nelayan dengan anak jutawan?
Anak buruh dengan anak orang berpengaruh?

Bukan bangsa lain tidak utama
Mereka pun rakyat Malaysia jugaTetapi realiti yang wajib diterima
Orang Melayu dan BumiputeraAdalah majoriti rakyat Malaysia
Pinggirkan mereka, bala jawabnya.

Anak kita sekolah di kota
Segala lengkap semuanya adaGuru tuisyen dan internet jua
Tetapi apa halnya anak sekolah di desa?
Kalaupun hendak bermurah hati

Wajiblah kita berhati-hati
Jangan abaikan hak majoriti
Padahnya buruk kemudian hari.
Terima kasih kawan dan taulan

Madah pujangga jadikan teladan
Buat baik perpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Usah digadai tanah pusaka
Nanti bangsa dihina dikeji.


Tgu Y.A.B Dato Sri Najib di UiTM post selepas ini.

Politik ( Suatu kesedaran )


Asslamualaikum W.B.T

dan salam sejahtera.


Baru-baru ini politik Malaysia kembali bergolak .Tembelang Dap yang menguasai Pakatan Rakyat makin terserlah.Sifat mementingkan diri dan tidak memikirkan perasaan orang lain telah memperlihatkan Dap memang sebuah Parti yang tidak boleh dipercayai .

Kes tempat penyembelihan babi contohnya telah menjadikan Pakatan Rakyat di negeri Kedah menjadi tidak keruan .Bagi Dap, tempat penyembelihan itu tidak perlu dirobohkan sedangkan diketahui bahawa tempat penyembelihan itu telah memberikan bau busuk yang teramat kepada kawasan sekelilingnya.Jadi penulis ingin pembaca semua berfikir, Dap iaitu Parti Serpihan PAP ini betul- betul akan membela kita semua jika mereka diberi peluang memerintah Malaysia ?

Tepuk dada tanya selera . Jangan jadi macam Pak Kaduk , menang Sorak Kampung Tergadai .


Perlu diingat kerajaan Melaka jatuh pada tahun 1511 adalah disebabkan Melayu pada masa itu tidak bersatu dan senang diperkotak-katikkan oleh bangsa lain .Jadi pembaca semua , fikir-fikirkanlah.


Tq




Wednesday, July 1, 2009

KEJADIAN MENYAYAT HATI (PEDOMAN UNTUK SEMUA)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

(Hari ini penulis tersentak dengan laporan berita dari (Harian Metro, muka surat 9 ,1 julai 2009) yang mengatakan seorang bekas mahasiswa UTM ditemui mati akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak di dalam sebuah bilik asrama di UTM skudai .

Dalam laporan berita itu mengatakan bahawa bekas mahasiswa itu telah meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui dan didapati bayi yang telah dilahirkan itu juga telah meninggal dunia selepas dilahirkan .Dalam masa itu didapati wanita itu belum berkahwin dan pihak polis tidak menolak kemungkinan pasangan wanita merupakan pelajar dalam kolej yang sama .Dalam pada itu didapati bahawa bekas pelajar ini telah dibuang selepas satu semester memasuki UTM.

Laporan akhbar ini membuatkan penulis terkedu sekejap. Ini kerana penulis amat sedih kepada apa yang terjadi . Adakah gejala sosial yang telah melanda masyarakat kita telah berada di satu tahap yang teruk ?

Dalam masa yang sama penulis berharap kepada semua mahasiswa supaya berfikir dengan matang sebelum melakukan sesuatu.Ini kerana sekali anda tersilap padahnya amat teruk dan mungkin anda akan kecewakan keluarga anda dan seterusnya anda akan memusnahkan masa depan anda semua .Berpegang teguh kepada ajaran kita. Ingat harapan ibu dan bapa. Jangan mudah terpengaruh .

JANGAN KECEWAKAN HARAPAN IBU -DAN BAPA KITA

Kepada semua mahasiswa ada perkara hendak dikongsi bersama penulis . Sila email kepada penulis faizalrp@gmail .com.Insyaalah penulis akan membalas denga kadar segera